Halia

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).

Masakan dan makanan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Perubatan

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.

Kegunaan lain

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.



Cili

Cili padi atau juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti lada jarum, lada tunggeng (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) merupakan sejenis keluarga lada yang kecil. Pada kebiasaannya, ia lebih pedas berbanding cili besar biasa.

Cili besar merupakan sejenis buah daripada pokok Capsicum dalam famili Solanaceae. Buah ini dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Namanya datang dari bahasa Nahuatl melalui perkataan bahasa Sepanyol Chile.

Ia juga dikenali sebagai Lada (Pantai Timur) atau Cabai.

Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. Nama pokok botani ini ialah saoropus androgynus dan berada daripada keluarga euphorbiaceace.

Cekur ialah sejenis herba renek yang tumbuh melebar di atas tanah. Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daunnya licin dan berbentuk bujur tirus. Hujung daun agak runcing iaitu berukuran lebih kurang 16sm panjang dan 8sm lebar. Daun atasan biasanya membesar dengan sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales.Apa yang uniknya tumbuhan herba ini selain mempunyai aroma yang membabitkan selera jika diadun dalam resepi masakan cekur adalah pokok herba yang tidak mempunyai batang.

Ciri lain yang ada pada cekur ialah bunganya berwarna putih-ungu, tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok. Daun cekur tersusun dengan rapi di sebelah kiri dan kanan tangkai, mulai dari bawah hinggalah ke atas. Daunnya yang muda lembut dan berwarna hijau muda. Daunnya yang muda boleh dibuat sayur. Daun tua berwarna hijau tua dan agak keras. Bentuk daunnya bujur dan runcing tirus di hujungnya. Daun ini mempunyai urat jejala. Bunga cekur manis tumbuh di tangkai daun dan ia kemudian menghasilkan buah yang berwarna putih ketika masih muda dan merah samar hingga coklat apabila tua.

Bendi


Bendi merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.


Khasiat

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bendi mengandungi sebanyak 2 peratus protein, 7 peratus karbohidrat dan 1 peratus serat. Selain itu, bendi juga kaya dengan zat galian dan juga vitamin terutamanya kalsium. Bendi juga dikatakan elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan traditional, bendi digunakan sebagai perangsang membuang air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.


Kesimpulan


Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata se
bagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

Bayam

Bayam merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah. Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.

Perbezaan

Terdapat perbezaan antara spesis bayam Amaranthus dan Spinacia walaupun sering diterjemah sebagai "bayam," kerana bayam walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam ini adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan spinach untuk bayam.

Khasiat

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbut dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.

Bayam (Spinacia)

Bayam Spinacia ialah sayuran yang digunakan untuk daunnya, dari gen Spinacia. Spinacia tidak sesuai untuk iklim tropika seperti sesebahagian tempat di Asia Tenggara kerana cepat berbunga dan tidak tumbuh banyak daun.

Beza bayam biasa

Bayam ini berbeza dengan bayam biasa walaupun sering diterjemah sebagai "bayam," kerana bayam biasa walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam biasa adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan isltilah "spinach" untuk bayam.

Pemakaian

Spinacia sering dipakai dalam masakan Eropah. Daun tumbuhan spinacia yang mudah pula boleh dimakan mentah dan dijadikan salad. Dalam masakan India, sayur jenis spinacia Spinacia ini sering dimasak dalam palak paneer dengan "paneer" (semacam keju), atau aloo palak dengan kentang.

Sama seperti bayam, spinacia kalau dipanasi ulang bisa berbahaya untuk anak di bawah 6 bulan. Untuk orang yang lebih dewasa, biasanya tidak ada masalah.

Bawang


Pelbagai jenis bawang


Bawang merah

Bawang merah (bahasa Inggeris: Shallot) dikelaskan dalam famili Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifiknya adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah adalah lebih kecil dan lebih manis dari bawang besar. Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim, memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dengan daun berbentuk silinder berongga. Umbi bawang merah terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya, membesar dan akhirnya membentuk umbi berlapis. Umbi bawang merah terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan bersatu. Umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek.

Khasiat

Bawang merah mengandungi Vitamin C, Potassium, serat dan Asid Folic. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan tinggi di dalam protein.

Penanaman

Dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah adalah unsur Nitrogen dan Kalium. Nitrogen merupakan unsur penting sangat diperlukan oleh tanaman untuk perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun serta pembentukan cabang. Sedangkan Kalium berfungsi dalam pembentukan gula dan asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim, menuteralkan asid organik serta berperanan dalam pertumbuhan jaringan meristem. Pemberian kedua unsur tersebut dapat membantu proses pembentukan umbi bawang merah. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang membawa pulangan hasil yang kurang.

Pokoknya dicabut dari tanah dan daunnya dibiar kering. Daunnya boleh digunakan untuk tambahan kepada masakan sup, sayur-sayuran, salad atau sebagai penghias lauk-lauk lain.

Kegunaan Masakan

Bawang merah sebagai salah satu sayuran yang merupakan bahan penting untuk masakan baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri permakanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama pada saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi. Bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi, atau dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas setiap pokok.

Kegunaan Perubatan

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang kasiat bawang merah kepada kesihatan. Dari beberapa penyelidikan dan analisa yang telah dijalankan itu, ia mendapati bawang merah mengandungi 2 compound, iaitu sulphur compound seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa. Bawang merah boleh menolong hati membuang toxins dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menhindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah untuk didapati boleh menhindar kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan menujukkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, cardiovascular, heart attach dan stroke. Ia juga membantu fungsi otak dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis melalui menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glucose.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu tumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Bawang putih

Bawang putih ialah nama tanaman daripada genus Allium sekaligus nama daripada umbi yang dihasilkan. Umbi dari tanaman bawang putih merupakan bahan utama untuk ramuan dasar masakan Malaysia.

Manfaat

Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca
kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.