Jering

Jering adalah tumbuhan yang berasal di Indonesia, Malaysia dan kawasan ASEAN. Daripada kajian yang telah dilakukan jering didapati mengandungi zat permakanan seperti berikut :-

1. 3.5 peratus protein,
2. 0.1 peratus lemak,
3. 1.7 peratus karbohidrat,
4. banyak mengandungi kalsium,
5. banyak mengandungi fosforus,
6. banyak mengandungi besi,
7. vitamin A,
8. vitamin B,
9. vitamin C.

Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino, yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism - jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan "sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure)". Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan merekayang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.

Pembiakan

Pokok jering mudah dibiakkan dengan cara semaian biji benih. Di kampung pokok ini ditanam dalam konsep dusun. Di hutan sekunder dan belukar pula, pokok jering masih lagi didapati tumbuh liar. Tupai Dahan adalah penyebar utama pokok ini.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

    ***kami juga ada 4 jenis pokok sambung nyawa:
    -hijau
    -batik
    -merah
    -hitam

    ReplyDelete