Bawang


Pelbagai jenis bawang


Bawang merah

Bawang merah (bahasa Inggeris: Shallot) dikelaskan dalam famili Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifiknya adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah adalah lebih kecil dan lebih manis dari bawang besar. Bawang merah merupakan sejenis tanaman semusim, memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dengan daun berbentuk silinder berongga. Umbi bawang merah terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya, membesar dan akhirnya membentuk umbi berlapis. Umbi bawang merah terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan bersatu. Umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek.

Khasiat

Bawang merah mengandungi Vitamin C, Potassium, serat dan Asid Folic. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan tinggi di dalam protein.

Penanaman

Dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah adalah unsur Nitrogen dan Kalium. Nitrogen merupakan unsur penting sangat diperlukan oleh tanaman untuk perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun serta pembentukan cabang. Sedangkan Kalium berfungsi dalam pembentukan gula dan asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim, menuteralkan asid organik serta berperanan dalam pertumbuhan jaringan meristem. Pemberian kedua unsur tersebut dapat membantu proses pembentukan umbi bawang merah. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang membawa pulangan hasil yang kurang.

Pokoknya dicabut dari tanah dan daunnya dibiar kering. Daunnya boleh digunakan untuk tambahan kepada masakan sup, sayur-sayuran, salad atau sebagai penghias lauk-lauk lain.

Kegunaan Masakan

Bawang merah sebagai salah satu sayuran yang merupakan bahan penting untuk masakan baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri permakanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama pada saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi. Bawang merah membiak dengan mengeluarkan tunas pada umbi, atau dikenali sebagai beranak. Anak-anak bawang merah boleh mencapai berbelas setiap pokok.

Kegunaan Perubatan

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang kasiat bawang merah kepada kesihatan. Dari beberapa penyelidikan dan analisa yang telah dijalankan itu, ia mendapati bawang merah mengandungi 2 compound, iaitu sulphur compound seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa. Bawang merah boleh menolong hati membuang toxins dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menhindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah untuk didapati boleh menhindar kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan menujukkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, cardiovascular, heart attach dan stroke. Ia juga membantu fungsi otak dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis melalui menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glucose.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu tumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Bawang putih

Bawang putih ialah nama tanaman daripada genus Allium sekaligus nama daripada umbi yang dihasilkan. Umbi dari tanaman bawang putih merupakan bahan utama untuk ramuan dasar masakan Malaysia.

Manfaat

Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca
kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

No comments:

Post a Comment